Tytus Howard Jersey  Soalan Lazim – serigroup.com.my

Seribella

1) Apakah bahan-bahan yang terkandung di dalam Seribella?

Seribella terdiri daripada lycopene tomato, L-Cysteine, daun buah zaitun, yis ceramide, strawberi dan madu.

2) Apakah yang dimaksudkan dengan lycopene tomato?
Lycopene adalah pigmen merah yang terdapat dalam tomato matang. Tomato menyumbangkan lebih 85% daripada pengambilan lycopene yang diperlukan tubuh manusia.

3) Bilakah waktu terbaik untuk mengambil Seribella?

Untuk kesan maksimum, ambil dua (2) tablet setiap pagi selepas makan. Ia juga boleh diambil satu (1) tablet pada waktu pagi dan satu (1) tablet pada waktu malam.

4) Bolehkah Seribella diambil bersama produk atau ubat-ubatan lain?

Boleh tetapi perlu dijarakkan waktu pengambilan selama empat (4) hingga lima (5) jam.

5) Berapakah usia yang dibenarkan untuk pengambilan Seribella?

Seribella boleh diambil individu berumur 11 tahun ke atas.

6) Adakah Seribella boleh diambil golongan lelaki?

Boleh kerana Seribella tidak khusus untuk wanita sahaja.

7) Adakah Seribella memberikan sebarang kesan sampingan?

Kesan sampingan mungkin terjadi akibat kekurangan pengambilan air. Bagi mengelakkan sebarang kesan sampingan, pengambilan air yang mencukupi amat digalakkan.

8) Bolehkah individu yang mempunyai sista dan fibroid mengambil Seribella?

Boleh dengan pengambilan satu (1) tablet sehari.

9) Bolehkah wanita yang sedang dalam haid mengambil Seribella?

Boleh dan digalakkan kerana dapat memberi tenaga serta meningkatkan seri wajah yang tidak bermaya.

10) Bolehkan individu dengan masalah ekzema mengambil Seribella?

11) Adakah Seribella boleh diambil individu bermasalah resdung?

Sangat digalakkan dengan pengambilan dua (2) tablet sehari.

12) Adakah Seribella sesuai untuk ibu mengandung?

Seribella tidak digalakkan untuk ibu mengandung. Namun, ia sangat digalakkan untuk ibu menyusu.

13) Adakah wanita yang merancang untuk mengandung dibolehkan untuk mengambil Seribella?
Boleh tetapi disarankan untuk menghentikan pengambilan selepas disahkan mengandung.

14) Adakah Seribella boleh diambil individu dengan penyakit penyakit kencing manis dan darah tinggi?
Boleh dengan memulakan pengambilan satu (1) tablet sehari.

Boleh dan tidak menjadi masalah.

15) Adakah Seribella berupaya untuk mengurangkan jeragat?

Boleh cuma ia mengambil masa bagi melihat kesannya.

16) Adakah Seribella mampu untuk mengecilkan pori?

Tomato yang menjadi asas Seribella sangat membantu dalam mengecilkan pori.

17) Adakah Seribella mengandungi kolagen?

Ya, Seribella mengandungi kolagen bovin membuatkan ia sesuai untuk individu yang alergi terhadap kolagen marin.

18) Apakah kebaikan yang diterima ibu menyusu dengan pengambilan Seribella?

Seribella membantu meningkatkan jumlah susu di dalam badan.

19) Berapa lamakah tempoh yang diambil bagi mendapatkan keberkesanan pengambilan Seribella?
Kesannya dapat dilihat seawal lima hari selepas pengambilan.

20) Adakah Seribella mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)?

Ya, Seribella mempunyai kelulusan KKM.

Seritoks

1) Apakah bahan-bahan yang terkandung di dalam Seritoks?

Seritoks terdiri daripada serbuk buah kiwi, oren, aloe vera dan daun teratai.

Adakah seritoks mengandungi kolagen?

Tidak seritoks tidak mengandungi sebarang kolagen.

3) Bilakah waktu terbaik untuk mengambil Seritoks?

Seritoks boleh diambil satu (1) tablet sehari sebaik-baiknya sebelum tidur.

4) Mengapa Seritoks perlu diambil pada waktu malam?

Bagi membolehkan Seritoks membantu membersihkan usus kita sepanjang hari.

5) Bolehkah Seritoks diambil bersama Seribella atau produk dan ubat-ubatan lain?

Boleh sangat digalakkan untuk mengambil Seribella selepas Seritoks, tetapi perlu dijarakkan waktu pengambilan selama empat (4) hingga lima (5) jam.

6) Selepas pengambilan Seritoks dan disusuli dengan Seribella, adakah ia akan menghilangkan khasiat Seribella?

Tidak, kerana detoks membantu lebih banyak penyingkiran toksin, sekali gus memudahkan serapan khasiat Seribella.

7) Berapakah usia yang dibenarkan untuk pengambilan Seritoks?

Seritoks boleh diambil individu berumur 15 tahun ke atas.

8) Adakah Seritoks boleh diambil golongan lelaki?

Boleh kerana Seritoks tidak khusus untuk wanita sahaja.

 

9) Adakah Seritoks memberikan sebarang kesan sampingan?

Kesan sampingan mungkin terjadi akibat kekurangan pengambilan air. Bagi mengelakkan sebarang kesan sampingan, pengambilan air yang mencukupi amat digalakkan.

10) Bolehkah wanita yang sedang dalam haid mengambil Seritoks?

Boleh dan tiada masalah.

11) Adakah Seritoks boleh diambil untuk ibu menyusu?

Seritoks boleh diambil setengah tablet/sebiji selang dan 2-3 hari oleh ibu menyusu. 

12) Adakah Seribella boleh diambil individu dengan penyakit penyakit kencing manis dan darah tinggi?

Boleh dan tiada masalah.

13) Bolehkah wanita yang sedang dalam haid mengambil Seritoks?

Boleh dan tiada masalah.

14)Adakah Seritoks mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

   Ya, Seritoks mempunyai kelulusan KKM

-e Garrett Bradbury Jersey 
Close Menu
×
×

Cart